Sabtu, 9 April 2016

Menu Boss Burger Solo




Apa yang menarik tentang gerai burger ini adalah ia bukan saja menyajikan Burger Bakar tetapi juga menyediakan Menu seperti Roti John, Western food dan banyak lg..



Satu keistimewaan di sini adalah pelanggan boleh ‘customized’ piihan burger.  Menu Skyscraper boleh dipilih ‘tingkat’nya dan juga apa saja tambahan kompone lain seperti salad, cheese, telur bacon dan sebagainya.

BOSS BURGER SOLO yang dilahirkan di jalan klang lama Kuala Lumpur,  telah sedikit sebanyak mencetuskan satu fenomena baru kepada penggemar burger bakar di malaysia.  Ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati keenakan burger bakar yang disajikan oleh
BOSS BURGER SOLO


Antara keistimewaan BOSS BURGER SOLO adalah teknik pembakaran patty menggunakan kayu arang dan bukannya “plate” atau “stone”. Ini menjadikan daging yang di masak lebih sekata dan jus dapat dikekalkan lebih lama. Malah aromanya juga akan menggamit sesiapa sahaja yang terhidunya.
Pattynya pula adalah adunan resipi tersendiri yang menggunakan rempah dan herba rahsia. Pastinya rasanya tidak akan dapat dinikmati di tempat lain. Sosnya juga unik dan hasil campuran tersendiri.